CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

24 January, 2011

..::: Saya yang Rindu :::..

kakak>>ilham>>thaqif~~~mne korg ni?
micik rindu kt korg ni taw....rindu sgt2...nape micik col angkat? Mak tok col pn xangkat gak...Ibu tak shat ke? Col la micik balik , kakak....(T_T)...

Ari 2 micik jalan2 kt cow rasta , micik tengok banyak baju santek2..Micik pegang2 , ngatkan nak blikan kakak , ilham ngn thaqif..Tp, sume dah takde kt kampung...Micik nampak gule2 , micik teringat kat korang...Micik rindu kakak peluk micik , pastu kakak cakap , 
' Kakak sayang Micik!Kakak nk ikut Micik belajo la...'...Pastu nanti Ilham lak mencelah , dok peluk micik gak...
' Ilham pun syg micik gak..', sambil tersengih manis . Rindunye..!!

Nape Micik rase mcm ade yang tak kena ? Kakak,Ilham ngan Thaqif jgn la pi jauh2...Nanti Micik nak tengok cite upin ipin ngan sape lg...

Kakak.............(T_T)

>>11.34pm<<

11.34 pm...tibe2 mak msj...mak ngadu sumting...Ak tau mak nga rsau..Bile mak rsau msti mak msj ak...Ak xtau nk wat cmne...Mak msti rsau psl wife and anak-anak angah...Mak , sabar ek....Org tak mampu wat pape...



adeh~~rase nk nangis (T_T)

..:::Aku takut cintaku melalaikan cintamu kepadaNYA::..



' Saya cintakan awak '..

Luah seorang lelaki kepada si dara . Sememangnya si dara itu bukanlah orang lain , malah teman sekuliahnya juga . Serasa sudah lama dia memendamkan perasaan itu . Namun , entah dari mana datangnya kali ini kekuatan untuk berterus terang . 

' Awk? Cintakan saya?', soal si dara , pelik . 

Selama ini , lelaki itu hanya berlagak biasa di depannya . Dia juga amat pasti lelaki seperti itu tidak akan jatuh cinta kepada perempuan sepertinya . Lelaki itu kuat pegangan agamanya , dia mencintai ibu bapa dan juga Tuhannya , menyayangi setiap sahabat yang berada di sisinya . Menurut si dara , mungkin hanya wanita yang sopan yang pantas berada di sisi lelaki itu , bukannya dia . Dia wanita biasa yang tiada keistimewaan sama sekali , apatah lagi ilmu agama yang goyah , yang seakan mahu terbang tatkala ditiup angin lalu . Dia juga bukanlah wanita yang sopan , walaupun bukan bermakna dia seorang yang liar . Cuma....entahlah,dia merasakan dirinya memang tidak layak untuk lelaki itu .

' Ya,sy cintakan awak'..jawab lelaki itu sekali lagi , dengan penuh keyakinan . 

' Maaf , saya tak dapat mencintai awak sekarang . Tidak adil bagi saya menyambut cinta awak tanpa perasaan sedikit pun dalam hati saya '..

Lelaki itu terdiam . Lantas tersenyum kepada si dara .

' Takpa, saya akan tetap tunggu awak sampai awak dimiliki oleh yang lainnya...' ucap lelaki tersebut lantas berlalu pergi . 

Si dara berjalan pulang sambil memikirkan perkara yang berlaku sebentar tadi . 

' Tidak , aku tak punya hati pada dia . Mana mungkin aku terima cintanya buat masa ni..'

Jam 3.00 pagi , di kamar si teruna...

' Ya ALLAH ,  berikanlah cinta-MU kepadaku , jadikanlah orang yang mencintai-MU mencintai aku , dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-MU...'
' Aku sangat mencintainya , Ya ALLAH..maaafkan hambaMu yang hina ini kerna membiarkan hatiku mencintainya . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui..Seandainya dialah pelengkap rusuk kiriku,bukakanlah hatinya untuk menerima diriku seadanya , biarkanlah aku tawan hatinya agar dapat ku membimbingnya ke jalan yang Engkau redhai , Ya ALLAH...'

Lelaki itu menitiskan air mata kerana memikirkan kebodohan diri yang tidak mampu menahan dan melawan sekeping hati terhadap seorang wanita yang bukan mahramnya .

Di kamar si dara...

Seperti biasa masa yang ada di habiskan untuk melayari laman sosial , facebook ..

' Mohamad Izham...Em..mana dia punya fb ek..'

' Ha...ni dia...'

Si dara membaca semua post yang ada . Semuanya berkaitan agama..Ada juga diselitkan tentang cinta..

'Emm...Sory , hati saya masih belum terbuka untuk awak..' , getusnya di dalam hati...

Hari demi hari , minggu berganti minggu , bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun...
Izham dan si dara berkawan rapat seperti biasa . Namun , lama kelamaan si dara merasakan sesuatu di dalam hatinya . Entah bagaimana rasa itu mahu diungkapkan dengan kata-kata . Dia sendiri tak pasti . Tapi , apa yang dia tahu sejak dia berkawan dengan Izham dia mula mendekatkan diri dengan agama . Izham banyak membimbingnya tentang agama . Dia senang tentang itu . Dia sedar sesuatu telah timbul dalam hatinya tanpa sedar . 

Suatu hari , si dara bertanya kepada lelaki itu ,

' Awak , boleh saya tanya sesuatu ?'

' InsyaALLAH , tanyalah . Apa dia ?'

' Awak masih sayangkan saya?'

Lelaki itu tersenyum . 

' Ya, saya masih sayangkan awak '

' Kenapa awak sayangkan saya?'

' Kalau sayang itu bersebab , saya mungkin membenci awak jika sebab itu dah takda '

Si dara tersenyum senang . Lelaki itu menyayanginya seiklas hati , menerima kekurangan dan kelebihannya seadanya .

' Awak cintakan saya?'

Si dara terdiam . Entah apa yang mahu dijawabnya . Sungguh!Lidahnya kelu untuk menuturkan kata-kata . 
' Takpa kalau awak takda perasaan yang sama macam yang saya rasa . Saya redha dan ikhlas cintakan awak , tanpa harap balasan dari awk ' , balas lelaki itu lagi sambil tersenyum .

' Bukan macam 2 maksud saya . Sungguh , demi ALLAH ketika pertama kali awak malafazkan awak cintakan saya , dalam hati saya langsung takda perasaan yang sama . Tapi , saya tak tahu apa yang dah buka pintu hati saya untuk turut mencintai awak . Secara jujurnya , saya takut untuk mencintai awak...'

' Takut ? Maksud awak ? ' , soal lelaki itu, pelik .

' Saya takut cinta saya kepada awak melebihi cinta saya kepada ibu bapa dan Tuhan saya ..Saya takut cinta saya kepada awak melalaikan cinta awak kepada agama ...Saya takut cinta awak kepada saya melebihi cinta awak kepada kedua ibu bapa .. Saya takut cinta saya bukan membina tapi membinasa...Saya cuma mahu cinta yang halal , halal di mata dunia dan akhirat..Bukan halal di mata dunia semata-mata ..'

Lelaki itu kemudian terdiam dan menunduk . Air matanya seakan mahu gugur . Benar kata wanita ini , kerana cintanya kepada wanita itu , dia kurang merasakan cinta kepada ALLAH kerana terlalu asyik mengejar wanita itu .. Ya ALLAH....!Ampunkan aku..!

' Saya faham .. Terima kasih..' . Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan wanita itu dengan 1001 persoalan . Wanita itu pula menyangka lelaki itu berkecil hati dengan penjelasannya . 

Sejak kejadian itu , mereka tidak lagi berteman . Sampailah mereka tamat pengajian di universiti yang banyak meninggalkan sejarah itu . 

5 tahun berlalu...

' Mak , asal dia baik untuk mak , baiklah untuk Sakinah juga . Kina terima siapa pun pilihan mak . Kina redha ..' , jawab si dara , ringkas setelah menerima panggilan telefon dari ibunya tentang rombongan meminangnya . Sakinah meletakkan gagang telefon . 

Dia merenung ke luar jendela . Hatinya benar-benar merindukan Izham , entah ke mana hilangnya . 

' Izham , saya dah pun dipinang orang . Sudah sampai masanya awak melupaka rasa sayang awak pada saya..' , luahnya dengan titisan air mata . 

Persiapan perkahwinan diadakan oleh ahli keluarganya . Sakinah hanya perlu pulang ketika malam berinai saja memandangkan dia tidak dapat cuti awal . Kad kahwinnya juga langsung tidak sempat dilihat . Segalanya diuruskan oleh keluarga dia dan si lelaki .

Sampailah pada malam berinai...

' Sakinah...' , panggil ibunya . 

' Ya , bu? ' , senyuman manis dilemparkan kepada ibunya walaupun tatkala itu hatinya gundah gulana kerana tidak pasti dengan keputusannya ini .

' Kina tak nak tahu siapa bakal suami Kina ? '

' Bu,Kina redha siapa pun jodoh Kina . Sesungguhnya apa yang dah ditetapkan oleh Allah itulah yang terbaik untuk kita . Kina redha , bu..' , ucapnya seikhlas hati . Izham , doakan saya bahagia...

Para tetamu memenuhi ruang tamu rumah itu . Sakinah hanya menundukkan wajah dan cuba mempamerkan senyuman semanis mungkin . Bakal suaminya masih belum tiba . Hatinya menanti dengan penuh debaran sambil berdoa agar dia redha dengan suami pilihan keluarganya itu . 

' Pengantin lelaki dah sampai!,' jerit seseorang dari bawah . Jantung Sakinah berdebar dengan maha hebat . Pandangannya tetap ditundukkan . 

' Baiklah , boleh kita mulakan sekarang ?' , soal Tok kadi . Semuanya mengangguk .

Pengantin lelaki menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Tok Kadi .

' Aku nikahkah dikau , Mohamad Izham Bin Abdul Rahman.....'

Sepantas kilat Sakinah mendongakkan kepalanya mencari wajah bakal suaminya itu . Sah!Lelaki itu!Dia bersujud syukur di situ . Patutlah setelah dia bersolat istiharah selama beberapa lama tetap bayangan lelaki itu yang muncul . Sangkanya , mimpi itu hanya berkait dengan perasaannya saja . Tetapi sebenarnya memang itulah jodoh yang ditakdirkan Allah untuknya . 

Ketika upacara membatalkan air sembahyang , Sakinah mencapai huluran tangan suaminya itu dengan penuh rasa kasih . Air matanya menitis kesyukuran . 

' Cinta kita sudah halal di mata dunia dan akhirat...'

Sakinah merelakan dahinya dikucup penuh kasih oleh suami impiannya itu .


'Ya Allah , tidak ku damba yang menawan , 
tidak ku damba yang hartawan , 
bukan jua kerna kedudukan,
cuma ku damba insan yang sepadan'



23 January, 2011

..:::Andai Syurga Dan Neraka Itu Tidak Ada:::..


Andai saja syurga dan neraka itu tidak ada..
Pasti ramai yang mempertikaikan..
Mana adilnya agama?
Yang jahat tidak dihukum , yang baik tidak diberi ganjaran?
Andai syurga dan neraka itu tidak ada...
Pasti saja manusia itu leka..
Yang jahat terus bermaharajalela , yang baik terus dihina dan tersiksa...
Andai saja syurga dan neraka itu tidak ada...
Pasti manusia sering sengketa..
Kerna tiada yang takut balasan 'di sana'..
Tiada yang bimbang azabnya neraka...
Tiada yang mengejar nikmatnya syurga..
Andai saja syurga dan neraka itu tidak ada...
Pasti kewujudan ALLAH juga menjadi persoalannya..
Sedangkan DIA-lah pemilik dan pencipta tiap harta di bumi dan di atas sana..
Andai syurga dan neraka itu tidak ada...
Bagaimana nasib kita di padang mashyar kelak?
Kemanakah hala tujuan kita...
Apakah gunanya pelaburan kita di dunia?
Andai syurga dan neraka itu tidak ada..
Amankah hidup kita?

..::::ALHAMDULILLAH::...


hmm...alhamdulillah...arini da rse chat ckit..cume seseme n batuk jek yg xbaik2 lg..agk mganggu khdupan sharian ak terutamenye utk menyiapkan projek yg bakal tibe bulan 2 nih...AND..!Repot praktikum yg xsettle2 lg...huu~~bla mau siap???achummmm...!alamak,tebersin lak..hehe...cory2~~Di ksempatan ni sy nk ngucapkan tengs bbyak pd yg tlah mnjge sy scre sngje / tidak smsa ketidaksehatan sy ni~~sob3~~terharunye...hehe...lg bpe ary ek nk blik....lg....lg...4 ary!!!4 ary???siyes??weeeeeee~~~syukew2!!!




21 January, 2011

...::Sihat sebelum Sakit:::...


huuu~~ni la obat yg bervalue RM20.30 ( xtermasuk strepsils )~~dpt ubt free kn best..ni x, 

nk gak ubat yg brbayau...hape la FARAH WAHIDA nih...Bile nk baik ni...xlena tido malamku...

(T_T)...sOk kne dtg blik SRM kmas2 pe yg ptut...Tp...mcm xnk p jek...report praktikel pn

xciap lgik..acene nih...???
 
huaaaaaaaaaaaaa~~~

ok la , tyme 2 mkn obat~~~weeeeeeee~~

..:::Kisah Si Pendekar Mustar:::..

'Pasang kuda2..Begini caranya..hiargh..!Ha...begini bukan begitu..'

Hahaha..itu dialog citer P.Ramlee daa..Tp bkn 2 yg ak nk cer nih..!Ade lg mnrik n mncuit hati serta sanubari ak n yang brada d tempat kejadian..agagaga..

Cite die cengginih~~As usual , petang Khamis ak n the geng ( yan yg mrangkap partner ak n tira mragkap partner ak gak kengkadang ) . Ok , so latihan bermula spt biase~~

( suara abg arif )....' Jatuh buah keputusan terlak,hieuwww...!!
* hieuwww 2 maksudnye 1..haha..plik jek

so , ak ngn yan pn melakukan aksi yang trbaek ( konon2 la kan...)...Ak mmtong Yan sebaik mungkin nmun tak jgak terbaik2..haha..

( again,suara abg arif )...'Ok,sekarang potong buah keputusan terlak . Yang buat buah akan memotong . Sedia,hieuwww..!!

Dengan lincahnye Yan memotong seranganku~~Di saat kaki kanan ku diangkat untuk dikepit di pinggangnya,tiba2...

'Praaaaaappppppppppppppp...!'

Ak dan Yan dah toleh muke masing2..

' Yan , seluo ak koyak ke??'
' Ak rase la..!'
'Yan........', smbil ketawe tanpe henti semase latihan . Sambil2 tu aku trdagar gak dak2 tanye tmsuk dak laki , ' Eh,seluaq spa koyak 2 ?'..Owh tidak.......!!!

Fortunately...!!Seluo ak koyak bhgian dalam jek..ahahhaha...Semalam kenangan yg xdpt ak lupekan sesangat!
adoi~~mcm2 la..hahahha...

Dan2 ak teringat citer P.Ramlee tuh...
' Aik , seluar Abg Ramlee pun koyak juge ? Meh Ros tolong jahitkan '