CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13 January, 2011

 La Tahzan

Dalam hidup kita ni memang tak lepas dari masalah , dugaan n cabaran yang memang sengaja ALLAH datangkan pada kita untuk melihat sejauhmana kapasiti kita untuk bersabar dan menerima ujian tersebut ..Sesetengah orang hadapi masalah dengan cara melepaskan tensennye 2 pada orang lain . Tapi ada gak orang yang menghadapainya dengan ketenangan . Kalau kita berpegang pada prinsip ' Percaya pada Qada' dan Qadar' , InsyaALLAH...kita boleh hadapi semua masalah yang datang dengan senyuman sebab bile kite percaya pada ketentuan-NYA barulah menunjukkan kita beriman kepadaNYA . ALLAH kan lebih mengetahui segala-galanya yang terjadi di langit dan bumi . Bila kita di datangkan dengan ujian , percayalah pada hati bahawa ALLAH yakin kita mampu mengatasinya . Bile aku ade masalah , aku selalu kuatkan hati ngan berkata , ' Aku pasti segala yang berlaku ada hikmah ' walaupun aku tak pasti apakah hikmahnya . 

Ingat lagi tak lagu 'INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA'?
  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati
Emm...kadang-kadang bile ingat2 balik kite ni memang tak pernah nak bersyukur ngan apa yang ALLAH dah berikan pada kite selama kite hidup kat dunia ni . Macam 5 perkara kat atas 2..Cube kite ingat2 balik...Bila kita sihat , kita tak gunakan masa yang ada untuk beramal ibadah ( sama la ngn si penulis ni..) . Lebih banyak digunakan masa yang sihat tu untuk mengejar duniawi semata-mata . Lupe ke kite dunia ni tempat pelaburan untuk ke akhirat nanti ? But then , bile sakit barulah kite nak kenang mase2 sihat . Masa sakit , kite merungut dan mengeluh dengan sakit yang datang tanpa berfikir ALLAH mendatangkan sakit itu atas dasar apa? Muda sebelum Tua...Cakap pasal muda , sekarang ni banyak sangat gejala2 sosial yang melanda anak-anak muda . Budak2 sekolah pun dah pndai nk gaduh la , hisap rokok , melawan cikgu n so on.. Klau mcm ni gayanya , siapa yang nak memimpin dunia?Mase muda ni la kite patut gunekan ke arah yang baik2..( untuk diri ni gak..) Sbb muda kite cume skali jek...Ha....org muda slalu slah guna konsep ni..Diorang anggap bile mude cume skali , tyme ni la patut enjoy.. Bila dah tua , kubur pn da mula panggil baru la nak ingat akhirat..2 pun kalau ALLAH bagi peluang untuk ingat . Kalau tak?

Hmm....sampai sini dulu la coretanku wat arini kerana kesakitan perut dah melanda...Ni la orang kate SIHAT SEBELUM SAKIT . Tyme sihat tak nak lak aku tulis ek??Hehehe...

0 comments: